• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tok Gajah’ Sedia Beri Cabaran Saingan Liga Super

oleh
28/01/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKUAD ‘Tok Gajah’ kini lengkap sepenuhnya untuk mencabar pasukan-pasukan lain pada saingan Liga Super musim 2019 yang akan bermula tidak lama lagi.

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh berkata secara keseluruhan barisan pemain Pahang dilihat lebih mantap, dan bersedia melakar pencapaian lebih tinggi berbanding musim lalu.

“Boleh dikatakan kita memiliki kekuatan lebih mantap, untuk menyaingi pasukan lain pada musim 2019, cuma persiapan kita sedikit terganggu kerana dua pemain import iaitu Dickson Nwakaeme dari Nigeria dan Jose Eduardo atau Ze Love dari Brazil lambat sampai ke sini.

“Justeru, kecergasan kedua-dua pemain belum mencapai tahap sebenar tapi kita percaya ia akan diperolehi sedikit masa lagi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Pahang 2019 di Dewan Tun Razak di sini pada Ahad.

Bagi musim 2019, Pahang menggunakan jersi utama jenama Umbro berwarna kuning biru manakala jersi kedua berwarna hitam.

Dollah berkata barisan pasukan yang dibentuk kali ini juga memberinya banyak pilihan untuk menurunkan pemain terbaik dalam kesebelasan utama.

“Saya amat berpuas hati dengan pemain tempatan sama ada pemain muda mahupun senior. Pemain muda kita setakat ini mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk menyaingi pemain senior.

“Jika ada yang tidak dapat bermain baik, saya boleh tukar dengan pemain yang lebih menyerlah…ini memberi kelebihan kepada saya dalam mengatur strategi,” katanya.

Percaturan Dollah dalam pemilihan pemain musim ini menyaksikan tiada pemain tempatan musim lalu yang digugurkan, manakala bagi kuota pemain import Pahang, selain Dickson dan Eduardo, tiga lagi pemain yang mengisi slot ialah Saddil Ramdani dari Indonesia, Herold Goulun (Perancis) dan Safuwan Baharudin (Singapura).

Kapten Pahang, Matthew Davies pula berkata beliau dan rakan sepasukan hanya memfokuskan untuk memberikan persembahan 100 peratus dalam mengharungi musim 2019.

“Kami akan beraksi sehabis baik untuk memperolehi keputusan yang baik. Kombinasi pemain Pahang pula menarik dan amat baik di mana kami memiliki kekuatan seimbang di semua posisi. Saya akan pastikan kerjasama pasukan direalisasikan di atas padang sekali gus mencerahkan peluang Pahang mencipta kejayaan,” katanya.

Pada musim lalu, Pahang muncul juara Piala FA, menghuni tangga keempat Liga Super dan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia. – BERNAMA

Tags: Liga Supertok gajah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd