• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Tekad Julang Piala Malaysia Musim Ini

oleh
27/01/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERENGGANU bertekad untuk menjulang trofi Piala Malaysia musim ini setelah nasib tidak menyebelahi mereka yang hanya bergelar naib juara tahun lalu.

Skuad penyu di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim turut menyasarkan mara ke peringkat akhir Piala FA dan menempatkan pasukan dalam kelompok tiga terbaik bagi cabaran Liga Super dan Liga Perdana.

Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM25 juta bagi membiayai lima pasukan bola sepak negeri yang akan menghadapi saingan pelbagai liga dan piala pada musim ini.

“Peruntukan ini bagi menguruskan lima pasukan di bawah PBSNT iaitu Terengganu FC (TFC), Terengganu FCll (TFCll), Terengganu FC lll (TFClll), Terengganu FC lV (TFClV) dan Terengganu FCV (TFCV).

“Jumlah perbelanjaan lebih kurang sama sahaja dengan negeri lain dan kita akan pastikan ia mendapat pulangan yang baik dari segi pencapaian pasukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Jersi dan memperkenalkan pemain pasukan TFC di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus, malam tadi.

Seramai 26 pemain TFC telah diumumkan termasuk bintang sensasi musim lalu, Lee Andrew Tuck, Igor Zanjic, Chanthacheary Bin dan Tchetche Kipre Hermann Brice selain pemain import terbaru Sanjar Shaakhmedov daripada kelab Lokomotiv Tashkent, Uzbekistan.

Arena bola sepak Terengganu musim 2018 mencatat kenangan manis apabila TFC merangkul naib juara Piala Malaysia, TFCll memenangi Piala Cabaran yang baru diperkenalkan, TFClll juara Piala Presiden manakala TFClV naib juara Piala Belia. – BERNAMA

Tags: Piala MalaysiaTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd