• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tayar Kenderaan, Jalan Raya Cair

oleh
21/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Australia kini berdepan dengan gelombang panas yang merekodkan suhu tertinggi dalam tempoh 80 tahun hingga menyebabkan jalan raya cair, haiwan mati, kebakaran hutan dan ada laporan yang tidak disahkan mendakwa tayar kenderaan turut cair.

Cuaca di negara itu mencatatkan suhu melebihi 40 darjah Celsius untuk enam hari berturut-turut dengan wilayah New South Wales, Australia Selatan dan Victoria mencatatkan rekod baharu paling panas.

Keadaan itu menyebabkan ribuan penduduk Australia membanjiri Pantai Bondi di Sydney untuk menyejukkan badan.

Hari paling panas direkodkan di Australia adalah pada 7 Januari 2013 apabila suhu maksimum purata 40.3 darjah Celsius.

Bagaimanapun, pada Rabu lalu sahaja, New South Wales memecahkan 14 rekod hari paling panas termasuk lapan rekod pada bulan ini termasuk bandar Griffith yang mencatatkan suhu mencecah 46.4 darjah Celsius.

Bandar Menindee yang terletak di barat New South Wales pada awal minggu lalu mencatatkan suhu tertinggi iaitu 47.8 darjah Celsius.

Marble Bar di Australia Barat mencatatkan suhu tertinggi dalam tujuh hari terakhir dengan 49.1 darjah Celsius yang dicatat pada Ahad lalu. Tarcoola di Australia Selatan turut mencatatkan suhu mencecah 49 darjah Celsius.

Simon Grainger dari Biro Meteorologi Australia memberitahu CNN, berdasarkan keadaan dan tempoh masa, ini adalah gelombang haba paling ketara yang melanda Australia sejak Januari 1939.

Kerajaan tempatan dan Biro Meteorologi mengeluarkan berpuluh-puluh amaran dengan memberitahu pemandu untuk berhenti lebih kerap kerana kereta cenderung untuk rosak dalam cuaca melampau.

Perkhidmatan Bomba di New South Wales memberitahu pihaknya menerima banyak laporan mengenai kebakaran hutan dan belukar.

Tiga kanak-kanak di barat daya Sydney terpaksa dirawat akibat kekurangan air dan muntah-muntah manakala 16 orang di Australia Selatan dimasukkan ke hospital akibat strok haba. – Agensi

Tags: AustraliaGelombang Panas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd