Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Nama Nanggala Merujuk Kepada...

NANGGALA adalah nama salah satu senjata milik Dewa Balarama. Mengikut hikayat, Balarama memiliki...

Budak Kencing Dalam Lif,...

BEIJING - Serorang budak lelaki dilaporkan telah menjadi punca kepada kegagalan serta kerosakan...

Total Sahkan CEO Terbunuh...

MOSCOW: Total, syarikat minyak Perancis mengesahkan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Christophe de Margerie,...

Plagiarisme Satu Jenayah Akademik...

KUALA KANGSAR - Perbuatan plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik, perilaku mungkar...

“Tak Perlu Takut, Saya Bukan PM” – Najib Sindir PH

SINIS… Datuk Seri Najib Tun Razak hairan apabila Pakatan Harapan (PH) takut lihat beliau bantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang tiba di Kampung Raja dekat pusat peranginan tanah tinggi tersebut hari ini secara sinis berkata, beliau bukan lagi pegang jawatan sebagai Perdana Menteri seperti mana sebelum ini.

“Saya pun tidak tahu kenapa (PH takut)? Saya pun bukan lagi PM (Perdana Menteri), saya ikhlas hendak bantu kempen calon BN,” kata Najib dalam nada sindiran ketika ulas isu kedatangan dirinya ke Cameron Highlands.

Beliau yang hadir atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Pekan berkata demikian dalam sidang akhbar ketika program bersama rakyat anjuran BN di Masjid Al-Huda Kampung Raja. Turut hadir ialah calon BN, Ramli Mohd. Nor.

Najib turut muat naik gambar beliau tiba di daerah terkecil di Pahang itu dalam akaun sosial Facebook dirinya dengan seloroh berkata “Saya datang nak beli strawberi aje.” Hantaran itu tular terima lebih 20,000 tanda suka.


Mengenai persiapan BN pada PRK Cameron Highlands, Najib berkata, parti berkenaan telah bertindak bijak dengan letak seorang calon tempatan dan mudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat setempat di kerusi tersebut.

Malahan mengulas dengan lebih lanjut beliau berkata, Ramli sendiri sebenarnya mempunyai ramai saudara mara di sekitar Cameron Highlands, selain disegani sebagai seorang tokoh dan pemimpin mewakili masyarakat Orang Asli.

“Saya yakin beliau akan cipta sejarah sebagai Ahli Parlimen dari masyarakat Orang Asli yang pertama. Beliau akan muncul sebagai lambang kebanggaan masyarakat Orang Asli dan penduduk Cameron Highlands,” kata Najib. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori