• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sultan Malaysia’ Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya sebagai “Sultan Malaysia” atau ‘tuan punya’ kerajaan Malaysia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman bermula 13 Januari lepas bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu berkata individu yang berusia, 47 tahun dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan bersama seorang penjamin yang merupakan bapa mertua suspek.

“Suspek dilepaskan hari ini (Ahad) memandangkan bahawa kertas siasatan masih belum lengkap dan tempoh reman tamat hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata kes tersebut akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut.

Lelaki itu sebelum ini mengadakan sidang media di Sungai Rambai pada 13 Jan lepas dan mendakwa bahawa beliau adalah ‘tuan punya’ (pemilik) Kerajaan Malaysia dan layak untuk menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan polis telah merakam percakapan 20 individu bagi membantu siasatan terhadap suspek yang mempunyai empat rekod lampau di bawah kesalahan kes penipuan, curi dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak sebelum ini. – BERNAMA

Tags: ketua negarapolisSultan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd