• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Minyak Dipaksa Siar Bandingan Harga?

oleh
11/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DITEKAN… Tular ribuan pengusaha stesen minyak di bawah seliaan Petronas Dagangan Berhad (PDB) seluruh negara ‘dipaksa’ papar perbandingan harga petrol dengan negara ASEAN lain.

Perbandingan tersebut untuk tunjukkan bahawa harga runcit petrol di Malaysia yang telah pun ditetapkan secara mingguan bermula 5 Januari lalu kononnya adalah lebih rendah berbanding lapan buah negara ASEAN.

Perkara pelik itu didedahkan Khairy Jamaluddin yang muat naik surat Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd. Aziz kepada PDB menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini juga pernah cuba buat perbandingan harga itu dengan negara-negara ASEAN namun dikecam ramai pihak terutama Pakatan Harapan (PH) kerana konon tidak relevan.

“Masa kerajaan BN buat perbandingan harga petrol di negara-negara ASEAN, ramai kecam sebab kata tidak relevan banding dengan tempat lain. Sekarang dah kena paksa papar di semua stesen minyak,” katanya dalam hantaran itu.

Ahli Parlimen Rembau itu turut berseloroh dengan seorang pengikutnya apabila ditanyakan mengenai harga petrol di Brunei yang kebetulan tidak terdapat dalam senarai perbandingan dimuat naik bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

“Brunei dikecualikan sebab hendak tunjuk kononnya Malaysia yang paling rendah. Harap dapat dipaparkan harga petrol di Brunei juga. Baru lengkap kesemua 10 buah negara anggota ASEAN,” kata Khairy dalam nada agak sinis.

Kerajaan PH yang cukup terdesak setelah dikritik rakyat, kembali mengguna pakai mekanisme harga automatik (APM) secara mingguan seperti yang pernah digunakan oleh kerajaan BN terdahulu bermula pada 5 Januari lalu.

Untuk rekod, ketika era BN, ramai penyokong PH dengan angkuh dakwa harga petrol di negara ini sepatutnya lebih murah atas alasan Malaysia selama ini merupakan sebuah negara pengeluar minyak. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: harga minyakKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd