• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 1,300 Murid Cicir Persekolahan Di Johor

oleh
29/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 1,300 murid di Johor dikesan tidak menyambung sesi persekolahan mereka sejak 1 Jan lepas, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif.

Shaharudin bagaimanapun berkata Jabatan Pendidikan negeri dan Kementerian Pendidikan bagaimanapun merangka program berterusan bertujuan mengenalpasti punca murid berhenti bersekolah selain cuba menyelesaikan isu itu.

“Kita cuba pastikan mereka kembali bersekolah. Ini selaras dengan tempoh wajib persekolahan selama 11 tahun.

“Enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di sekolah menengah,” katanya dalam satu sidang media selepas perasmian Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) di Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How.

Sementara itu, Shaharudin berkata melalui program Ziarah Cakna yang dilancarkan pada Ahad, JPN berjaya membantu 11 pelajar asli untuk kembali menyambung persekolahan mereka.

Mengenai isu keciciran murid ini, Aminolhuda, yang juga bekas guru berkata terdapat pelbagai sebab mereka berhenti sekolah.

“Ada banyak punca yang menyebabkan murid ini berhenti bersekolah. Pertamanya, kemiskinan, masalah ibu bapa, disiplin pelajar, pengangkutan. Ada juga yang bermula dengan bekerja secara sambilan dan kemudian berhenti sekolah kerana sudah selesa mendapat pendapatan sendiri.

“Ada juga antara mereka ini yang tidak hadir ke sekolah kerana tidak menggemari sesuatu subjek dan ada juga yang berhenti bersekolah kerana tidak menyukai cikgu di sekolah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Aminolhuda turut memuji inisiatif JPN untuk memperkenalkan Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2023 dalam merealisasikan Dasar Kelestarian Negeri Johor.

Menurut Aminolhuda, pelan ini adalah komitmen Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua pihak bagi mencapai pembangunan lestari dan mapan di Johor.

Ini juga, tambah Aminolhuda, selari dengan “Sustainable Development Goals” sebagaimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. – BERNAMA

Tags: Johorpersekolahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd