• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekadar Terserempak Saja – Azmin

oleh
06/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebarang perbincangan sulit antaranya dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, beliau dan Hishammuddin sekadar terserempak ketika sedang bercuti bersama keluarga masing-masing di Maghribi baru-baru ini.

“Saya tidak bercuti dengan Hishammuddin. Saya hanya terserempak dengan beliau malah, saya bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di sana, tak jadi isu pun.

“Janganlah (buat spekulasi). Hubungan saya dengan Hishammuddin sudah lama terjalin. Jika saudara masih ingat, saya satu-satunya pemimpin pembangkang ketika itu yang menghadiri majlis perkahwinan anaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Simfoni Rumah SelangorKU @EcoMajestic di Semenyih, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, pemimpin harus berbaik dengan semua orang tanpa mengira latar belakang termasuk politik.

“Kita perlu bertamadun. Janganlah ingat apabila berjumpa (individu parti lawan), harus ada perbincangan politik.

“Kita perlu berbaik dengan semua orang demi kebaikan negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan gambar keluarga Mohamed Azmin dan Hishammuddin yang bercuti di Maghribi baru-baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya terhadap perpecahan yang dipercayai tercetus dalam kepimpinan PKR.

Gambar keluarga itu dimuat naik di laman Twitter milik anak sulungnya, Ameer Azmin, di sebuah resort percutian di Marrakesh, Maghribi dengan kapsyen, ‘Keluarga kami bersatu semula’.

Hishammuddin dan Azmin bergambar dengan tangan mereka berjabat dan dicengkam erat.

Sebuah video juga dimuat naik oleh Ameer di media sosialnya yang menunjukkan dua keluarga itu sedang menikmati hidangan makanan seperti udang kara manakala Azmin dan Hishammuddin sedang berbual mesra, masing-masing mengenakan kaca mata hitam.

Percutian itu berlaku pada waktu perbalahan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Mohamed Azmin berhubung pelantikan jawatan pemilihan parti itu. – myMetro Online

Tags: Azmin AliHishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak, Menantu EXCO Terengganu Terbabit Kemalangan

Next Post

Guan Eng Luah Empati Buat Mat Sabu, “Bukan Mudah Jadi Bapa”

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Guan Eng Luah Empati Buat Mat Sabu, "Bukan Mudah Jadi Bapa"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd