• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Luah Empati Buat Mat Sabu, “Bukan Mudah Jadi Bapa”

oleh
06/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lim Guan Eng meluahkan empati terhadap Mohamad Sabu selepas anak lelaki Menteri Pertahanan ditahan polis di atas kesalahan berkaitan dadah.

Menteri Kewangan itu berkata, adalah sukar sukar untuk menjadi menteri tetapi kadang-kadang, lebih sukar menjadi ibu bapa.

“Saya menyokong dan memuji keterbukaannya dalam menangani perkara itu.

“Setiap orang adalah tertakluk kepada undang-undang yang sama, saya hanya mahu menunjukkan sokongan saya sebagai bapa,” katanya.

Guan Eng turut menggesa supaya keluarga Mohamad Sabu diberikan ruang.

“Saya memahaminya kerana keluarga dan anak-anak saya pernah menjadi sasaran sebelum ini.

“Anak saya juga pernah dituduh merogol seorang rakan sekolah. Ia terbukti palsu,” katanya pada sidang media di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di sini, Ahad.

Guan Eng berkata, dalam hal tersebut, perkara itu seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut undang-undang.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengesahkan anak lelakinya dtahan polis selepas disyaki positif dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, malam Jumaat.

Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan mengesahkan anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam antara salah seorang yang ditahan dalam serbuan tersebut.

“Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

“Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” katanya.

Suspek yang ditahan bersama-sama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun merupakan antara 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam Op Pusat Hiburan, malam Jumaat.

Operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. – The Star

Tags: Lim Guan EngMat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd