Kecoh Pasar Raya Rosyam Nor Dikuasai 90% Cina?

ALAHAI… Tahun lalu ketika umat Islam mula berpuasa bulan Ramadan, dunia hiburan tanah air gempar dengan isu ancaman boikot ke atas pasar raya milik selebriti ternama, Datuk Rosyam Nor.

Gerakan terancang hasil hasutan para penyokong Pakatan Harapan (PH) itu selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei sebelumnya timbul ekoran pendirian tegar Rosyam pro-UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pemilik syarikat produksi tempatan, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. itu namun bersyukur apabila masyarakat tidak ‘termakan’ dengan propaganda jahat puak itu, malahan pasar raya ST Rosyam Mart terus berkembang maju!

Bahkan, kejayaan premis diusahakan aktor berusia 51 tahun itu yang beroperasi 24 jam di Setiawangsa, pinggir ibu negara dengan tawar harga borong kepada pengguna kini dorong beliau untuk buka beberapa lagi cawangan baharu.

Antaranya di Shah Alam dan Bangi di Selangor serta sebuah di Melaka disebabkan faktor kepadatan penduduk kaum Melayu di kawasan itu yang cukup strategik dari segi lokasi selain permintaan tinggi untuk keperluan harian.

Malangnya ketika Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin sibuk dengan perancangan bisnesnya itu, kini timbul kisah baharu dalam kalangan netizen mengenai isu beliau bukan ‘tauke’ sebenar ST Rosyam Mart.

Mudah cakap, nama Rosyam hanya diguna pihak tertentu untuk tujuan promosi, walhal pemilik sebenar syarikat itu didakwa dikuasai kaum Cina dan cerita ini tular diperkatakan ramai pengguna media sosial pro-PH sejak semalam.

Mereka turut kongsi tangkap layar butiran ST Rosyam Mart yang sebenarnya mudah diperoleh menerusi carian dalam laman sesawang rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu.

Begitulah dahsyat kuasa askar siber dalam usaha hancur imej positif Rosyam cuba bangkit bantu bangsanya sendiri mampu jual barang harian pada harga rendah dengan ‘dikorek’ pula sisi latar belakang syarikatnya.

Hakikatnya, isu pemilikan saham ST Rosyam Mart telah bongkar realiti sebenar dunia perniagaan tempatan yang masih lagi rantaian borong pukal terus dikuasai oleh rangkaian kartel ekonomi ‘tauke’ Cina elit sejak sekian lama.

Mungkin agak pahit untuk diterima tetapi bagi yang terlibat dalam bisnes, memang agak susah untuk dapat barang daripada pemborong Melayu pada harga murah dan jika ada pun lebih ibarat hidup segan mati pula tidak mahu.

Secara teori, isu pemilikan saham ST Rosyam Mart lebih kepada perihal usaha sama, dengan Rosyam pun dapatlah saham biarpun sedikit kerana dalam urusan perniagaan besar, adalah lebih bijak ada dasar semua ‘menang-menang’

Sekali pandang, mungkin ‘menang’ untuk si Cina itu sebab senang hendak dapat para pelanggan Melayu di kawasan majoriti Melayu, sekali gus mereka pun raih untung tetapi pada masa yang sama, ‘menang’ juga untuk si Rosyam.

Ini kerana beliau dapat terlibat dalam bisnes skala besar dengan modal yang kecil, bahkan Rosyam dapat belajar lagi selok belok cara Cina berniaga khususnya rahsia siapakah pemborong produk mereka dengan harga amat rendah.

Maka, Rosyam secara tidak langsung dapat banyak bina rangkaian untuk mula perniagaan sendiri sebab jika beliau bermula daripada langsung sifar, bayangkan silap hari bulan, bisnes itu kemudian disabotaj di peringkat awal lagi.

Ini juga membolehkan Rosyam dapat dekatkan peminat beliau dengan lebih dekat, kerana penting untuk selebriti macam dirinya terus kekal kompetitif dalam industri hiburan semakin tepu dan utamakan bakat muda yang segar.

Dan Rosyam akan dapat banyak lagi ilmu yang kita mungkin tidak tahu. Kena ingat, Rosyam memang mengaku beliau hanya anak setinggan asal dari Kampung Kerinchi yang kita sedia maklum macam mana rupa kawasan itu.

Bezanya beliau ada pengalaman pernah kerja di kedai runcit milik bos Cina selepas tamat persekolahan sebelum aktif dunia seni dan pernah tanam azam untuk buktikan orang Melayu pun boleh bangkit ada pasar raya sendiri.

Apa yang Melayu dapat dengan kejayaan Rosyam? Kalau masuk premis pasar raya lain pada kebiasaannya semua pekerja mesti sama ada Cina, Bangladesh atau India. Tetapi masuk ST Rosyam Mart, pekerjanya 90% sah Melayu.

Apabila pasar raya pun ada nama Melayu, mahu tidak mahu, Rosyam kena jaga imej Melayu. Okaylah sudah rezeki Rosyam, kita sokong ajelah. Rosyam pun bayar banyak zakat bagi bantu umat Islam akhirnya! – Mynewshub.TV

Loading...