• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Anak Tiri: Lelaki Dijel 24 Tahun, 20 Sebatan

oleh
22/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bapa tiri yang mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya hampir empat tahun lepas, akan meringkuk di penjara selama 24 tahun dan disebat 20 kali.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Umi Kalthum Abdul Majid mengembalikan semula sabitan hukuman penjara 12 tahun dan 10 kali sebatan yang dijatuhi terhadap lelaki berusia 50 tahun itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Bahru bagi setiap kesalahan, yang akan berjalan berturut-turut.

Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bahru yang menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan serentak, bermakna lelaki itu hanya akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun.

Hakim Umi Kalthum membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen.

Dua lagi hakim yang turut bersidang dalam panel itu ialah Harmindar Singh Dhaliwal dan Steven Chung Hian Guan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Faizal Mohamed Fedder memohon mahkamah supaya mengembalikan semula hukuman bersifat pencegahan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen, dengan berkata, mangsa kini mengalami trauma.

Keadaan mabuk

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam, merayu supaya mahkamah mengekalkan hukuman penjara 15 tahun.

“Saya insaf dan bertaubat terhadap kesalahan saya. Ketika kejadian, saya berkeadaan mabuk,” katanya.

Dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tiri berusia 19 tahun di sebuah rumah di Bachok, Kelantan, pada Mei dan Jun 2015.

Pada 7 Mac 2017, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan berturut-turut, mulai tarikh tangkapan pada 3 Oktober 2016.

Pada 7 Disember 2017, Mahkamah Tinggi Kota Bahru menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan ke atas lelaki itu bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan supaya hukuman itu berjalan serentak. – BERNAMA

Tags: anakrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd