• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Lancar

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raptai bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini berjalan lancar.

Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, persiapan tersusun rapi telah dilakukan bagi istiadat yang akan berlangsung pada Khamis ini.

“Kita berusaha bertungkus lumus untuk menyediakan persiapan yang cukup rapi walaupun dalam tempoh masa agak singkat tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak menjalankan persiapan dengan rapi.

“Raptai kita telah adakan dua hari bermula semalam dan hari ini raptai penuh yang juga dihadiri juruiring dan Setiausaha Sulit Negeri Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan Yang Terutama Negeri-Negeri,” katanya selepas raptai itu di Istana Negara.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati raptai bagi Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong di Dataran Parlimen yang berlangsung pagi ini juga berjalan lancar.

Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 31 Jan ini manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhamad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd