• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Pahang Iringi Keberangkatan Al-Sultan Abdullah

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Perasaan sayu bercampur bangga jelas terpamer di wajah rakyat jelata yang mengiringi keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar ke ibu negara hari ini.

Pasangan diraja itu berangkat meninggalkan negeri itu untuk menggalas tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong susulan pemilihan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas), 24 Januari lepas.

Al-Sultan Abdullah akan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) diikuti dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan serta pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara hari ini.

Seawal 5.30 pagi lagi, ribuan rakyat jelata terdiri daripada pelbagai kaum serta lapisan umur berdiri di luar Istana Abdulaziz, Bandar Indera Mahkota, di sini dan Pekarangan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Kuantan untuk mengucap selamat tinggal kepada baginda dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Terdahulu, baginda berdua yang memakai persalinan sedondon berwarna biru firus berangkat dari Istana Abdulaziz pada 7.10 pagi dengan diiringi Tengku Mahkota Pahang yang juga Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Turut sama mengiring Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah selaku menteri pengiring.

Kenderaan yang membawa baginda berdua tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira setengah jam kemudian disambut dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ oleh rakyat jelata yang berdiri di kiri dan kanan jalan berkenaan sambil mengibar Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang.

Istiadat Memuliakan Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu dimulakan dengan ‘Hormat Diraja’ dan disusuli lagu Negaraku oleh Pasukan Pancaragam TUDM, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Serentak dengan itu, sebanyak 21 das Tembakan Meriam Kehormatan dilepaskan.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota TUDM yang diketuai Mejar Abdul Nasir Abdul Majid.

Sebaik selesai, Kawalan Kehormatan Utama kemudiannya mempersembahkan ‘Hormat Diraja’ sekali lagi sebelum lagu Negaraku dimainkan.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman kemudian membacakan doa selamat memohon keberkatan agar perjalananan baginda berdua dirahmati Allah sebelum baginda berdua bersalaman dengan dif-dif kehormat, pegawai tinggi kerajaan untuk mengucapkan selamat tinggal.

Pasangan diraja itu kemudiannya menaiki kenderaan khas sambil melambai mesra ke arah rakyat jelata yang mengambil kesempatan cuti umum pada hari ini untuk berkumpul merafak sembah hormat kepada baginda berdua yang berlepas menaiki pesawat khas ke ibu negara.

Melaungkan Allahu Akbar dan Daulat Tuanku serta sambil mengibarkan bendera Pahang dan Jalur Gemilang, ada kalangan rakyat pelbagai kaum serta lapisan umur mengambil kesempatan merakam detik keberangkatan Seri Paduka berdua menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Terpancar keceriaan di wajah Seri Paduka berdua dan semasa menaiki pesawat, detik akhir sebelum melangkah masuk Al-Sultan Abdullah sempat melayangkan ‘isyarat ciuman’ kepada khalayak.

Pesawat khas yang membawa Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berlepas pada 8.34 pagi untuk penerbangan kira-kira 45 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd