Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Kastam Bercadang Kenakan SST...

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bercadang mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan...

Najib Puas Hati Penambahbaikan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpuas...

Kerajaan, MKN Kemuka Bantahan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemukakan bantahan awal...

Tun M Patut Bincang...

KUALA LUMPUR - Parti Progresif Penduduk (PPP) mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad...

PRK: UMNO, PAS Kempen Bersama Di Felda

KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands tampak sedikit kelainan apabila UMNO dan PAS berganding bahu dalam program santai bersama jentera dan pengundi malam tadi.

Bertempat di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Koyan 1, walaupun majlis agak ringkas, namun ia telah bawa seribu makna dan satu pengertian yang besar dalam kalangan parti pembangkang.

UMNO tampilkan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris serta Pengerusi Penaja Pembela Warga Felda, Anuar Manap manakala PAS pula dibarisi bekas calon Parlimen Cameron Highlands, Wan Mahadir Wan Mahmud.

Tidak ketinggalan pimpinan negeri dan setempat dari kedua-dua parti berkenaan yang sepakat meminta agar para pengundi Cameron Highlands bersatu menolak calon DAP mewakili blok kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam ucapan awal, Anuar mengingatkan kerajaan pusat agar tidak menggula-gulakan rakyat terutama warga peneroka Felda dengan pelbagai janji sebaliknya menyelesaikan dahulu janji yang telah dibuat sebelum ini.

Malah tegasnya daripada berjanji benda baharu kepada warga Felda termasuklah golongan generasi kedua, alangkah baiknya pelbagai usaha ditumpukan untuk bantu kurangkan beban rakyat terutama melibatkan soal kepenggunaan.

“Janji melupuskan hutang peneroka… harapan palsu rupanya. Saya nak tanya tuan-puan yang ada di depan ini… apa yang dijanjikan itu hapus atau tidak… berapa peratus yang dihapuskan, 50 peratus, 20 peratus atau bagaimana…

“Maksudnya janji yang ditabur sebelum ini adalah untuk mengaburi mata peneroka dan warga Felda semata-mata. Jadi kita di sini akan melalui proses PRK… kita tunjukkan semangat kita sebagai satu pasukan pada hari ini.

“Ayuh sama-sama tolak PH. Inilah kaedah terbaik kita tunjukkan nadi warga Felda di Sungai Koyan. Kita tunjukkan dalam undi kita nanti bahawa mereka sesungguhnya tidak mampu untuk menjaga peneroka Felda,” kata Anuar.


Katanya lagi, pihak Felda sebelum ini di bawah Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah banyak melaksanakan pelbagai skim bantuan untuk anak-anak peneroka menerusi program latihan termasuk baik pulih kapal terbang.

“Hingga ke tahap itu kita mahu latih anak warga Felda khususnya generasi baru. Alhamdulillah ada kejayaannya. Jadi jika betul dan benar kerajaan baru hari ini bantu warga Felda, lihat semula apa yang kita pernah buat dahulu.

“Kalau boleh baiki dan jangan buat benda baru. Kalau hanya sekadar buat skim latihan tanpa peluang seterusnya, ke manakah mereka pergi selepas itu. Apakah ada ruang dari sudut kerja atau sekadar kepentingan politik?” soalnya.

Sementara itu, Wan Mahadir pula menekankan walaupun parti itu pada kali ini tidak bertanding atas arahan pucuk pimpinan, pihaknya sokong sepenuhnya apa disarankan pimpinan untuk bantu perjuangan BN atas dasar Islam.

“PAS Pahang sudah berkampung di sini hampir seminggu di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai termasuk di Tanah Rata dan begitu juga kepimpinan yang tertinggi akan hadir bermula pada Jumaat ini.

“Banyak program yang telah disusun sebelum ini tidak dapat dielakkan. Kita akan susun semula program bersama UMNO nanti,” ujar Wan Mahadir lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori