• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Semenyih: UMNO Ada 6 Calon Wakili BN

oleh
22/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENAM nama calon akan diserah Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada UMNO pusat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlansung 2 Mac depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka yang disenaraikan itu bukan sahaja berdasarkan jawatan dalam parti dan penerimaan rakyat malah ambil kira potensi besar menang.

“Ada kalangan sayap parti termasuk Wanita, Pemuda dan juga ada nama daripada kalangan profesional. Jadi kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat pertimbangan,” katanya pada sidang media di Shah Alam.

Sidang media tersebut turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi bersama pimpinan negeri dan Semenyih.

Ismail Sabri pada sidang media yang sama turut memaklumkan satu jawatankuasa bersama antara UMNO dan PAS Selangor akan diwujudkan dalam usaha menyelaraskan gerak kerja sepanjang PRK tersebut.

“Kita ingin mengucapkan setinggi-tingi terima kasih kepada PAS yang membuat keputusan memberikan laluan kepada UMNO untuk meletakkan calon selain kesediaan untuk membantu pada PRK Dun Semenyih nanti.

“Secara tidak rasmi saya dan beberapa rakan daripada Selangor telah bincang bentuk kerjasama nanti. Dua PRK di Selangor sebelum ini agak longgar kerjasama dan insya-Allah pada kali ini agak lebih menyeluruh bermula hari pertama sehinga ke hari mengundi.

“Insya-Allah kita akan lancar jentera PRK bersama antara kedua-dua parti dan gerak kerja ini bukan sahaja di peringkat pusat tetapi sehingga ke peringkat bahagian termasuklah penglibatan sayap-sayap,” katanya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen berkata, mereka akan bergerak sepertimana arahan daripada pusat dan akan membantu dalam usaha mencapai kemenangan calon yang diketengahkan nanti.

“Insya-Allah kita akan turun seberapa daya yang boleh dan akan berusaha memastikan undi yang diperoleh calon Pas pada PRU lalu akan kekal dan menambah lagi dalam lingkungan 20 peratus.

“Kita yakin dengan konflik kepercayaan rakyat terhadap kerajaan PH akan membuka ruang kemenangan,” tambahnya lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: PRKSemenyih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd