Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Penduduk Rasa Gegaran Gempa...

TAWAU: Beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud...

Keputusan Tawaran Tingkatan Enam...

PUTRAJAYA- Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada...

Umat Islam Di Malaysia...

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Sabtu ini...

Kabinet Lulus Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Pengguna di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd. (PLUS)...

PRK DUN Semenyih: UMNO Mesyuarat Pilih Calon

MUAFAKAT… Pihak UMNO Selangor belum lagi muktamad senarai pendek calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, walaupun sudah ada cakap-cakap politik mengenai kriteria bakal calon.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, mesyuarat bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih hanya akan berlangsung lusa.

“Kita belum ada dan belum membincangkan lagi tentang soal siapa calon, senarai pendek juga belum ada. Kalau ada pun, itu hanyalah cakap-cakap kedai kopi kerana UMNO Selangor hanya akan bermesyuarat pada Khamis ini.

“Insya-Allah Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memaklumkan mengenai perkara berkaitan selepas mesyuarat itu nanti,” kata Mat Zadzari yang dipetik laporan media hari ini.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd. Nor, meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu akibat serangan jantung sekali gus bakal diadakan PRK ketiga di Selangor selepas Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia.


Pada pilihan raya umum lalu, Bakhtiar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengalahkan penyandang terdahulu dari UMNO iaitu Datuk Johan Abdul Aziz yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Ia adalah PRK keempat di Selangor dalam tempoh lapan bulan selain PRK yang keenam selepas Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan dan Cameron Highlands di Pahang. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori