BIDAS… Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil persoalkan peranan Bersih dalam isu pelanggaran peraturan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecik (PRK) Cameron Highlands.
Beliau dalam nasa kesial berkatanya, Bersih jangan hipokrit dan hanya menzahirkan niat sebenar mahukan pilihan raya adil ketika Pakatan Harapan (PH) dahulu pembangkang tetapi diam apabila sudah berubah sebagai kerajaan.
Malahan Asyraf Wajdi berkata, apabila blok itu menjadi kerajaan Persekutuan pada hari ini, perjuangan Bersih seolah-olah berkecuali dengan pekakkan telinga dan bisukan mulut dalam isu kesalahan dilakukan PH sendiri.
“Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun yang sebelum ini merupakan aktivis Bersih begitu bersemangat perjuang soal pilihan raya bersih dan telus, hari ini seolah-olah bisu apa yang jelas di hadapan mata.
“Rakyat menilai perkara ini, jangan hipokrit dan hanya zahir niat sebenar perjuangan ketika Bersih dan PH jadi pembangkang. Apabila dapat kuasa, mereka dilihat jadi alat PH dan berkecuali dalam hal-hal berkaitan pelanggaran dalam pilihan raya,” katanya.
Sebelum ini tular dalam kalangan pengguna media sosial mengenai isu gambar seorang wanita memakai baju PH mengagihkan wang kepada beberapa individu.
Namun begitu, parti tersebut menegaskan kononnya wang tersebut diagihkan sebagai bayaran balik kepada sukarelawan bagi tampung kos petrol mereka dalam kempen PRK.
Semalam, Azhar Azizan menyatakan SPR akan membawa isu penggunaan kenderaan jabatan kerajaan bagi tujuan kempen PRK Cameron Highlands kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, Bersih perlu proaktif melaungkan ketelusan dan kecekapan SPR dan berkata: “Hari ini, mereka telah diberikan peluang berada dalam SPR dan kerajaan, jadi tidak perlu berdolak dalih.
“Apa yang berlaku hari ini adalah, mereka cuba tutup segala kepincangan hanya kerana telah dapat apa yang diidamkan (menjadi kerajaan),” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV
