Sample Page Title

SAYA baru mendapat aduan daripada penduduk Putrajaya bahawa kadar sewaan kuarters bagi penjawat awam telah dinaikkan dengan mendadak oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jika dahulu penjawat awam di sini hanya membayar RM400-RM500 untuk sewaan pangsapuri gred rendah dan sederhana, kini mereka terpaksa membayar hampir dua kali ganda sehingga RM700 ke RM800 sebulan.

Kepada ramai orang, kenaikan RM400-RM500 sebulan ini adalah satu jumlah yang amat besar lebih-lebih lagi kepada penjawat awam dengan gred rendah dan sederhana.

Mengikut alasan Kerajaan PH, kenaikan ini adalah konon untuk menampung kos selenggaraan. Saya dulu pernah duduk kuarters selama beberapa tahun.

Untuk makluman pemimpin Kerajaan PH yang membuat keputusan ini, semasa Kerajaan BN dahulu sewaan kuarters adalah kekal rendah bukan kerana kos selenggaraan yang murah.

Namun kos selenggaraan kuarters ini sedikit sebanyak dibantu dan ditanggung oleh Kerajaan BN untuk ringankan kos sara hidup penjawat awam terutama gred sederhana dan rendah.

Ia khususnya di kawasan bandar seperti di Putrajaya dan di bandar-bandar besar lain. Ini adalah kerana gaji penjawat awam di Malaysia bukanlah tinggi seperti pekerja sektor swasta.

Dan pengurusan sewa kuarters penjawat awam ini bukanlah satu bentuk perniagaan yang mementingkan untung rugi seperti konsep perniagaan hartanah swasta.


Dulu saya pernah menulis bahawa sewa rumah adalah antara faktor utama yang mendorong kos sara hidup rakyat. Apabila harga atau sewa rumah naik, kos sara hidup juga akan meningkat.

(Baca di sini: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/01/372858/masalah-manifesto-ekonomi-pakatan)

Kini nasib penjawat awam semakin tertekan di bawah Kerajaan PH ini. Sudahlah kenaikan gaji tahunan dibatalkan, kos sewa kuarters pula dinaikkan dengan mendadak.

Saya mahu Menteri yang bertanggungjawab memberi penjelasan. Adakah hal kenaikan ini juga disebabkan oleh kekurangan wang akibat ketirisan SST selepas GST dimansuhkan?

Sekali lagi nampaknya yang untung ialah tauke-tauke bisnes yang lari dari cukai berbilion ringgit, yang rugi ialah semua orang lain, dan dalam kes ini penjawat awam pula yang kena.

ISHAM JALIL
7 Januari 2019

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...