• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iktiraf UEC Perlu Pertimbang Perasaan Melayu

oleh AK-47
03/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Beberapa media tempatan hari ini yang memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu perasaan orang Melayu turut dipertimbangkan sebelum Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf.

Portal Malaysiakini yang turut mendapatkan salinan rakaman temu bual Sin Chew Daily dengan Perdana Menteri itu, mendapati Mahathir sendiri turut menekankan kepentingan penguasaan bahasa Melayu.

“Kami mengiktirafnya. Saya kata berkali-kali kami mengiktiraf ijazah asing, kami mengiktiraf sijil Cambridge, kami mengiktiraf juga sijil-sijil yang dikeluarkan oleh negara-negara lain.

“Tetapi anda minta ini untuk diterima oleh kerajaan. Untuk tahap tertentu, ini telah diterima tetapi anda mesti mempunyai penguasaan asas bahasa Melayu. Kamu lihat, kamu mesti mempunyai itu,” menurut Mahathir yang dipetik daripada laporan Malaysiakini.

Jawapan Mahathir itu dikatakan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Cina sehinggakan ada pihak yang mempersoalkan pendirian DAP dalam kerajaan dan bertanya sama ada Mahathir telah mengambil kira perasaan masyarakat Cina.

Selain itu, Perdana Menteri juga dilihat mementingkan situasi semasa dalam negara sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan termasuk mengiktiraf UEC.

“Peperiksaan harus mencerminkan keadaan di negara ini. Kamu tidak boleh mengambil peperiksaan asing dari negara asing dan menggunakannya sebagai kelayakan, yang tiada siapa yang melakukannya,” katanya.

Mahathir juga berkata, apabila orang Melayu bersetuju bukan Melayu diberi kewarganegaraan, mereka mempercayai dengan berbuat demikian, masyarakat akan mempunyai negara dengan satu bahasa, budaya dan undang-undang asas dan pemahaman semua adalah rakyat Malaysia.

Seorang wartawan dalam temu bual itu bertanya, apakah objektif Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi sokongan orang Melayu menyebabkan janji PH kepada masyarakat Cina lebih sukar untuk dicapai, seperti UEC?

Mahathir menjawab, janji akan cuba dikotakan namun boleh membuat perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara lain.

“Di negara lain, mereka tidak membenarkan sekolah Cina, mereka tidak membenarkan walaupun papan tanda, kadang-kadang. Hanya baru-baru ini mereka meniru kita.

“Jika kamu bertanya kepada orang-orang asal China di beberapa negara ini, mereka ingin berpindah ke Malaysia. Mereka mengatakan di sini mereka lebih dikenali kerana kaum mereka diiktiraf,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd