• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna FB Kritik Operasi SAR Mohon Maaf

oleh
22/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pengguna Facebook memohon maaf kepada anggota bomba kerana kritik operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi jejaki sebuah kereta terjunam ke laut dari Jambatan Pulau Pinang.

Gambar seorang lelaki yang dikenali sebagai Chuah Chun Howe tular di media sosial menunjukkannya sedang berjabat tangan dengan beberapa anggota bomba di Balai Bomba Jalan Perak pada Selasa.

Sebuah portal berita turut berkongsi kenyataan bertulis daripada Chua yang meluahkan rasa kesal berhubung tindakannnya.

“Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba Malaysia. Saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak Penang dan telah mendapat ampunan daripada Tuan Ismail.

“Saya berjanji tidak akan bercakap yang tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia. Tuan Ismail sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Ismail Mohd Zain berkata lelaki tersebut datang ke balai bomba tersebut kira-kira pukul 9.30 malam untuk memohon maaf.

“Kami beritahu dia kami tidak terasa hati memandangkan dia juga tidak terfikir mengenai impak perbuatannya itu.

“Saya beritahu dia bahawa dia perlu memohon maaf secara atas talian di mana komen itu dibuat, tetapi dia kata akaunnya telah digantung.

“Kami menjelaskan kepadanya bahawa sesiapa sahaja mahu menyelesaikan operasi tersebut dengan segera tetapi tahap keselamatan menjadi keutamaan,” katanya.

Ismail berkata beliau tidak pasti mengapa permohonan maaf itu dibuat di balai bomba Jalan Perak kerana terdapat beberapa agensi lain yang turut terlibat dalam operasi tersebut.

Pada Isnin, kenyataan Chuah di Facebook yang memperlekehkan operasi SAR jabatan tersebut menimbulkan kecaman di kalangan netizen.

Kenderaan itu berjaya ditemui dan mayat turut dikesan berada di dalamnya pada Isnin. Namun usaha untuk menarik kenderaan tersebut ditangguhkan kerana cuaca buruk. – mStar Online

Tags: Jambatan Pulau Pinangoperasi SAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tunku Azizah Dilantik Tengku Ampuan Pahang

Next Post

PRK DUN Semenyih: UMNO Ada 6 Calon Wakili BN

Related Posts

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

06/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di...

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Kes Pasangan Jatuh Jambatan Pulau Pinang Disiasat Sebagai Cubaan Bunuh

16/01/2024
0

Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam sebagai cubaan bunuh. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

PRK DUN Semenyih: UMNO Ada 6 Calon Wakili BN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd