• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Kilang Pakaian Bangladesh Sedia Naik Gaji Pekerja

oleh
14/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Pengeluar pakaian di Bangladesh bersetuju menaikkan gaji pekerja, kata Menteri Perdagangan Tipu Munshi semalam, menggesa pekerja kembali bertugas selepas seminggu bantahan ganas.

Minggu lalu, sekurang-kurangnya seorang pekerja terbunuh manakala puluhan lain cedera ketika bantahan berkaitan gaji, menyebabkan kerajaan membentuk panel pemilik kilang, pemimpin kesatuan dan pegawai kerajaan bagi menyiasat tuntutan kenaikan itu.

Semalam, sekurang-kurangnya 20 cedera dalam pertembungan lanjut antara penunjuk perasaan dan polis di luar ibu kota ini.

Kesemua pihak terbabit bersetuju menaikkan gaji untuk gred 6 dan 7, namun mengekalkan gaji minimum pada kadar 8,000 taka (RM389.17), kata Munshi kepada media selepas mesyuarat dengan panel itu.

Gaji rendah dan perjanjian dagangan dengan negara Barat menjadikan sektor itu industri bernilai AS$30 bilion (RM122.9 bilion) yang menyumbang 80 peratus daripada eksport Bangladesh, menjadikan negara itu pengeksport pakaian kedua terbesar dunia selepas China.

Terdahulu semalam, Presiden Persatuan Pengeksport Pengeluar Pakaian Bangladesh (BGMEA), Siddiqur Rahman, mengugut memotong gaji pekerja jika mereka enggan kembali bekerja.

“Jika anda enggan kembali bekerja menjelang esok (Isnin), anda tidak akan dibayar gaji dan kami akan menutup kilang untuk satu tempoh tidak diketahui.

“Walaupun jaminan berulang kali memenuhi tuntutan itu, pekerja dihasut untuk mencetuskan pergolakan. Kami tidak akan membenarkan perkara ini terjadi,” katanya.

Jika gaji semakan berkuat kuasa bermula Disember dan akan diselaraskan bermula bulan ini, kata Munshi.

Wakil pemimpin kesatuan Amirul Huq yang bertemu Munshi berkata, struktur kenaikan gaji diselesaikan dengan campur tangan menteri.

“Kami mengalu-alukan gaji baharu. Sebagai kesatuan dagangan, kami berhak membantah, namun ia tidak bermaksud merosakkan kilang atau menyekat jalan raya. Pekerja akan kembali bekerja,” katanya. – Reuters

Tags: Bangladeshbantahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd