• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Agong: Raja-Raja Mula Tiba Di Istana Negara

oleh
24/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SULTAN dan Raja-Raja Melayu mula berangkat tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja untuk memilih Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Berdasar pemerhatian Bernama, kenderaan Diraja dari beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan kelihatan memasuki perkarangan Istana Negara seawal 10 pagi.

Mesyuarat yang dijadual berlangsung pada 10.30 pagi itu turut menarik perhatian warga media termasuk media antarabangsa apabila Sultan Muhammad V mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jan.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan sebelum berakhirnya tempoh pemerintahan selama lima tahun.

Berdasarkan laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu daripada tarikh berlaku kekosongan jawatan itu. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kepada Raja Permaisuri Agong, Raja...

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd