• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lapor Polis Kes Salah Guna Kenderaan

oleh
23/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Pemandu Jabatan Perhutanan Pahang buat laporan polis bagi pertahan tindakannya serah kunci kenderaan kepada Timbalan Menteri DAP sehingga ia jadi tular menerusi media sosial.

Dalam laporan itu, pengadu memaklumkan bahawa beliau sudahpun memberitahu Timbalan Menteri tersebut yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang bahawa kenderaan tersebut tidak boleh diguna untuk tujuan kempen politik.

Bagaimanapun Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang juga Ahli Parlimen Raub itu tetap bertegas dengan ambil kunci dan kemudian arahkan pembantunya pula untuk pandu kenderaan tersebut atas arahannya sendiri.

“Pada 21 Januari lebih kurang 7.25 malam, semasa saya dalam perjalanan keluar dari Pos Lenjang menuju ke Sungai Koyan menunjukkan kenderaan bukan dipandu saya selaku yang bertanggungjawab terhadap kenderaan itu.

“Kereta dipandu oleh pembantu Timbalan Menteri atas arahannya. Saya telah menyatakan kenderaan tersebut milik Jabatan Perhutanan Pahang, namun YB meminta kunci kenderaan dan diserahkan kepada pembantunya.

“Ia konon untuk ambil peralatan muzik tradisional di kampung sebelah yang berjarak satu kilometer,” kata pemandu berkenaan dalam laporan tersebut yang dibuat beliau sendiri di Balai Polis Raub.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan tersebut semalam namun kes masih belum diklasifikasikan. Sebelum ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan kes itu.

Malahan berlaku sedikit perang mulut antara jentera Barisan Nasional (BN) dengan sekumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) ketika berkempen di Perkampungan Orang Asli antara Pos Lenjang dan Titom petang Ahad.

Timbalan menteri itu juga dipercayai mahu rampas telefon jentera BN yang berjaya merakam aksi situasi tersebut sebelum tular melalui media sosial dan ramai netizen kutuk keras tindakan biadab pemimpin DAP berkenaan.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila beberapa individu daripada jentera calon BN telah sempat rakam video penyalahgunaan kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang untuk tujuan bantu kempen calon PH dari DAP.

Difahamkan perkara itu berlaku kira-kira 6.30 petang Ahad semasa kumpulan konvoi jentera BN yang turut disertai calonnya sendiri, Ramli Mohd Nor secara kebetulan mahu pulang dari perkampungan Orang Asli berkenaan.

Sementara itu, Ramli memaklumkan pihaknya telah membuat dua laporan polis awal pagi Isnin. Laporan pertama dibuat pukul 3.13 pagi melibatkan salah laku pengunaan kenderaan kerajaan oleh jentera PH bagi tujuan kempen.

Manakala laporan kedua dibuat pukul 3.42 pagi berhubung provokasi didakwa dilakukan penyokong PH. Kedua-dua laporan tersebut dibuat, di Balai Polis Sungai Koyan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron HighlandsPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd