Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Tun M Ragu-Ragu, Wawasan...

Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wawasan 2020 yang ideanya dicetuskan...

Vietnam Destinasi Ke-6 Larian...

KUALA LUMPUR - Larian Baton Bangkit Bersama yang diadakan bersempena penganjuran Sukan SEA...

UiTM Cipta Sejarah Lancar...

HEBAT… Kemajuan teknologi telah dorong Universiti Teknologi Mara (UiTM) harum nama Malaysia apabila...

Hull Dipilih Lokasi Bogel...

LONDON - Kota Hull di utara England berjaya dipilih sebagai lokasi berikutnya untuk...

PAS Beri Laluan BN Tanding PRK DUN Semenyih

MUAFAKAT… PAS memutuskan untuk beri laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pada tarikh bakal diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat semalam, memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon parti itu dalam PRK kerusi DUN berkenaan.

PAS juga akan gerak jentera setempat untuk bantu pihak pembangkang dalam hadapi PRK berkenaan, termasuk mengarahkan ahli-ahli parti di kawasan tersebut turun mengundi bagi memberi sokongan kepada calon BN.

“Pihak PAS mengharapkan agar PRK ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan suara wakil pembangkang, terutama dalam Dewan Undangan Negeri Selangor untuk berdepan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Dengan itu maka proses check and balance (semak dan imbang) dimainkan oleh parti pembangkang yang konstruktif akan memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor khususnya,” kata Takiyuddin.

PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor kerana serangan jantung pada 11 Januari lalu. PRK ini adalah keenam sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.


Allahyarham daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjadi wakil rakyat Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd. Aziz daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU lepas.

Ketua PPBM Bahagian Hulu Langat itu menang dengan raih sebanyak 23,428 undi yang turut disertai calon PAS. Sebelum PRU ke-14, PKR sentiasa letak calon di kerusi tersebut bagi tentang Johan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori