• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Umum Cuti Peristiwa Esok

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAHANG mengumumkan cuti peristiwa esok, (31 Jan) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini setelah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.

“Cuti peristiwa ini memandangkan ia tarikh penuh bersejarah kepada negeri dan seluruh rakyat jelata Pahang dengan pelantikan Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang dekat Kuantan.

Wan Rosdy berkata, keputusan untuk mengumumkan cuti peristiwa itu juga bersesuaian memandangkan kali terakhir detik bersejarah seumpama itu berlaku ialah kira-kira empat dekad lepas, apabila Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada 1979.

Menurut Wan Rosdy, pengumuman itu juga sebagai terjemahan kepada rasa kesyukuran dan kegembiraan yang amat sangat oleh Kerajaan Negeri dan rakyat jelata atas pemilihan Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru seluruh penjawat awam dan rakyat jelata untuk hadir bersama-sama di Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuantan pada 7.00 pagi esok bersempena Istiadat Memuliakan Keberangkatan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Esok, Sultan Abdullah dijadual berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 diikuti perisytiharan memegang jawatan oleh Seri Paduka Baginda yang akan bertakhta bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 31 Januari 2019.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Pada istiadat sama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah juga akan melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bagi tempoh sama. – BERNAMA

Tags: Al-Sultan AbdullahYang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd