• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Sedia Ambil Alih Bayar Elaun Tok Batin

oleh
24/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan berbuat demikian.

Beliau yang kini menjalankan tugas presiden parti berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Walaupun sebelum ini (didakwa) ada ugutan terhadap Tok-tok batin bahawa jika didapati sokong Barisan Nasional (BN) elaun mereka ditarik, saya telah berbincang dengan menteri besar, jika perkara yang tidak sepatutnya ini berlaku, maka Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil alih pembayaran elaun tersebut dari kerajaan pusat,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama jentera BN, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang tular di media sosial Facebook baru-baru, mendakwa Tok Batin sekitar Cameron Highlands ‘dikurung’ di sebuah hotel di Brinchang dengan tujuan untuk dipaksa memberi undi kepada calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu Sabtu ini.

Namun, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Fuziah Salleh menegaskan tiada ugutan atau tawaran dibuat kepada Tok Batin di Cameron Highlands untuk mendapatkan undi.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, M.Manogaran; calon BN, Ramli Mohd Nor dan dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd