Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Shopee Yakin Pertumbuhan Jualan...

KUALA LUMPUR - Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, yakin...

Mat Sabu Antara Calon...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama...

Tahan Sakit 40 Minit...

MELAKA - Tiga pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) terpaksa menahan kesakitan kira-kira...

Kelonggaran Bayaran Balik Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri...

Neelofa Sumbang Barang Keperluan Rumah

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon, Neelofa mengambil inisiatif membantu 10 keluarga yang memerlukan menerusi aktiviti kemasyarakatan CSR Neelofa x NeelofaTeam yang diadakan di Kuala Selangor, Selangor semalam.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 30, berkata, aktiviti tersebut merupakan kesinambungan kepada aktiviti kemasyarakatan yang sering dijayakan sepanjang tahun lalu.

“Saya dan peminat iaitu NeelofaTeam sering menjalankan aktiviti seperti ini sepanjang 2018.

“Bezanya, untuk tahun ini, saya memilih untuk melakukannya pada skala yang lebih besar dan kumpulan sasaran yang lebih luas,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Neelofa, setiap keluarga yang dilawati mempunyai kisah tersendiri.

“Sebagai contoh, kami melawat sebuah keluarga yang bapanya kini terlantar sakit akibat penyakit kusta dan kedua kakinya terpaksa dipotong.

“Sejujurnya, aktiviti sebegini memberikan satu pengalaman yang sangat membuka mata saya tentang erti kehidupan dan pengorbanan,” katanya lagi.


Menerusi aktiviti yang disertai oleh 70 peminat pengacara MeleTOP berkenaan, barang-barang yang diagihkan termasuklah gula, beras, tepung, sabun pencuci dan barang makanan.

Neelofa juga turut menyumbangkan kelengkapan rumah seperti set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak dan juga sedikit sumbangan kewangan.

Mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga syarikat minuman, Chatime, Neelofa dan NeelofaTeam berharap dapat berkerjasama dengan banyak lagi organisasi lain untuk membantu mereka yang memerlukan. – K! ONLINE

Kategori