SINDIR… Bekas Perdana Menteri menzahirkan rasa sangsi terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana dakwa tiada keupayaan kewangan untuk bina projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Sebaliknya Datuk Seri Najib Razak dalam nada sinis kerana, kerajaan PH berdalih kononnya projek berkenaan akan menyebabkan negara tergadai atau terpaksa pajak tanah kepada China seperti senario yang berlaku di Sri Lanka.
Menurut beliau yang juga mantan Menteri Kewangan, kos ECRL sebenar adalah hanya sebanyak RM55 bilion tetapi kerajaan PH kemudian mendakwa kos projek mega infrarakyat berkenaan terpaksa cecah sehingga RM81 bilion.
“Jika mereka dengan mudah boleh ‘rompak’ sebanyak RM82 bilion daripada syarikat minyak kebangsaan, Petronas untuk tahun lepas dan tahun ini, kos RM55 atau RM81 bilion bagi ECRL sudah tentu boleh dibayar sekali gus.
“Tidak kira dana-dana kerajaan yang lain, rizab wang tunai Petronas juga telah pun cecah sehingga RM170 bilion sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14,” kata Najib menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.
Terdahulu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, projek ECRL yang digantung pada Julai tahun lalu boleh diteruskan pada skala lebih kecil sekiranya kerajaan PH konon dapat persetujuan daripada pihak China.
ECRL sepanjang 688 kilometer bakal hubung Pengkalan Kubor di Kelantan dengan melalui Terengganu dan Pahang sebelum sambung di Gombak, Selangor ke landasan sedia ada menuju Pelabuhan Klang. – Agensi/Mynewshub.TV

