• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

oleh Mohd Arshad
24/06/2025
dalam Terkini
0
8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di daerah ini bagi tempoh 1 Januari hingga 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kes itu membabitkan kecurian kabel di sekitar Cherating, Gebeng dan Damansara.

Katanya, setakat ini siasatan masih dijalankan dan tiada pembabitan sindiket yang melakukan kegiatan terbabit.

“Siasatan dijalankan babitkan semua sudut untuk mengesan suspek. Sebenarnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD( Kuantan mengadakan perjumpaan dengan pihak ECRL semalam bagi membincangkan langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil.

“Ia bagi mengurangkan kejadian jenayah curi kabel ECRL termasuk berkolaborasi dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyatakan kebimbangan berikutan kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek ECRL yang kini berada pada fasa penting menjelang penyempurnaan pada Disember 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata beberapa kejadian kecurian kabel dikesan di lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL, merentas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

-Harian Metro

Tags: ECRLKes Kecurian KabelKuantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Treler Dan Pacuan Empat Roda Di Jalan Pintasan Kuantan

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Treler Dan Pacuan Empat Roda Di Jalan Pintasan Kuantan

09/12/2025
0

KUANTAN – Seorang lelaki maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah treler muatan besi dan pacuan empat roda di Jalan Pintasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd