• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

oleh
30/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum ini didakwa menjadi bukti beliau terlibat dengan kes Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh pada September 2015.

Najib berkata, Lim, yang dilabel beliau sebagai ‘Menteri Hal-Ehwal Najib’ atau singkatannya ‘MenHEN, sekarang seolah-olah berpura-pura ‘tidak nampak’ perkara itu.

“Walaupun beliau mungkin telah ambil cuti awal sempena hari perayaan sejak tiga hari dahulu, saya masih nak memberi sedikit peringatan kepada MenHEN.

“Sudah nak masuk empat bulan setelah saya meminta beliau untuk mengeluarkan pendrive yang merupakan ‘bukti’ bahawa saya terlibat dengan pembunuhan mendiang Kevin Morais.

“Tetapi Lim Kit Siang macam buat-buat tak nampak sehingga sekarang.

“Kalau masih tak dapat cari pendrive ini, nanti orang akan kata Uncle dan DAP ialah penipu dan telah fitnah saya lagi selama ini. Itu tak baik,” katanya dalam statusnya di laman sosial Facebook.

Pada November 2015, adik Kevin Morais, Charles Morais menyatakan bahawa beliau telah membuat Surat Akuan Sumpah dan mendakwa memiliki pendrive yang didakwa diterima dari Kevin.

Pendrive itu dikatakan mengandungi bukti-bukti berhubung kes 1MDB dan SRC International serta bukti mengapa Kevin dibunuh.

Susulan itu, Oktober lalu, Lim turut membuat kenyataan dengan mendakwa bahawa pembunuhan Kevin Morais ada kaitan dengan 1MDB. – Astro AWANI

Tags: Anthony Kevin MoraisLim Kit SiangNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwa DAP 'tidak Melayu' sambil mengingatkan tentang dokumen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd