• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Islam Diarah Rai Pesta Puja Dewa Hindu?

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIADAB… Ramai kesal apabila pihak pengurusan sebuah sekolah di Cyberjaya, Selangor buat acara masak nasi susu atau sakkarai ponggal sempena perayaan Ponggal dengan babit pelajar Islam.

Ibu bapa yang hubungi portal berita tempatan memberitahu pada kebiasaannya, pihak sekolah berkenaan akan memaklumkan waris pelajar menerusi surat rasmi jika hendak diadakan sesuatu sambutan perayaan tertentu.

Bagaimanapun anehnya, untuk program bertemakan Ponggal yang lazim dirayakan etnik Tamil beragama Hindu pada hari tersebut dan secara kebetulan dilakukan ketika sesi kokurikulum, tiada makluman diterima ibu bapa.

“Kita dimaklumkan majlis makan buah sahaja. Masak beras dengan susu tidak pula dimaklumkan,” kata mereka. Difahamkan, objektif program itu pada asalnya dilaksanakan bagi perkenal budaya dan tradisi masyarakat India.

Ia seperti terkandung dalam buku teks mata pelajaran Sivik bagi pelajar tingkatan 3. Pihak sekolah menyatakan program julung kali tersebut bagi dedah pelajar terbabit kepada jenis masakan dilakukan ketika perayaan Ponggal.

“Apabila mereka tidak dapat pendedahan itu, ia sukarkan mereka untuk jelaskan jika ditanya dalam peperiksaan nanti,” kata sumber lain. Pada mulanya sesetengah ibu bapa bercadang melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Namun, sumber dalaman memberitahu, laporan tidak akan dibuat atas alasan bahawa pengetua sekolah berkenaan ialah seorang Cina mualaf yang tidak banyak tahu mengenai Islam dan beliau pula hanya jadi mangsa keadaan.

“Bagaimanapun, pengetua itu berkata beliau telah rujuk ustaz dan ustazah di sekolah terbabit dan mereka dakwa kononnya tiada masalah untuk disambut. Justeru, program diluluskan,” kata sumber dalam nada agak kesal.

Sumber memaklumkan, pihak sekolah akan buat ‘bedah siasat’ kes program kontroversi itu kerana ia jelas salah di bawah Seksyen 5, Bahagian II Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 Selangor.

Terdahulu, tular dalam kalangan pengguna media sosial dengan gambar pelajar, termasuk beragama Islam jalani program masak nasi susu, hingga cetus kebimbangan kerana perbuatan itu adalah upacara bagi penganut Hindu.

Ponggal ialah perayaan sempena berakhir musim menuai, dengan hasil tuaian dituju kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ia bukan amalan budaya sebaliknya berunsur keagamaan sebagai berterima kasih kepada dewa.

Al-Afkar #39: Muslim menyertai pesta Ponggal terbitan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa secara asasnya umat Islam dilarang hadiri dan sertai pesta Ponggal yang disambut dalam kalangan masyarakat Hindu.

Ia turut menjelaskan bahawa Muslim dilarang terbabit dalam program masak nasi susu kerana ia masih dalam ruang lingkup upacara keagamaan kerana asalnya ia adalah makanan dipersembah untuk dewa. – Agensi/Mynewshub.TV

*Video berikut sekadar hiasan…

Tags: hinduPonggal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd