• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Cadang Wujud Tabung Amanah Nelayan

oleh
24/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN negeri Melaka bercadang mewujudkan Tabung Amanah Nelayan yang akan berfungsi sebagai tunai runcit untuk digunakan bagi membantu nelayan dalam kecemasan atau dilanda bencana.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata peruntukan bagi tabung berkenaan akan disalurkan hasil pampasan daripada aktiviti penambakan laut di negeri itu.

Beliau berkata cadangan awal, sebanyak RM200,000 akan disalurkan menerusi tabung tersebut dan akan diletakkan di bawah Persatuan Nelayan negeri Melaka atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri.

“Cadangan berkenaan akan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan kerana ia merupakan salah satu inisiatif yang dilihat dapat membantu kebajikan nelayan dalam kecemasan atau dilanda bencana dengan segera.

“Ia bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada nelayan terlibat kerana sekiranya ingin mendapatkan bantuan di peringkat persekutuan, ia mengambil masa,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke jeti nelayan di Kompleks LKIM semalam.

Dalam lawatan itu, beliau meninjau lima bot dan sebuah tongkang yang rosak akibat hujan lebat dan ribut di jeti berkenaan semalam.

Turut hadir Pengarah LKIM Melaka, Rosli Mustapa dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, Sukri Abadi.

Mengulas lanjut, Norhizam berkata tabung tersebut juga diwujudkan kerana peruntukan bencana untuk golongan nelayan di bawah LKIM adalah terhad.

Sementara itu, beliau berkata nelayan di negeri itu disaran berdaftar di bawah LKIM bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.

Katanya sehingga kini, kira-kira 1,300 nelayan berdaftar di negeri itu setelah proses pemutihan dilakukan bagi mengenal pasti nelayan aktif dan tidak aktif.

“Kami juga menerima kira-kira 300 permohonan daripada nelayan tidak berlesen untuk mendapatkan lesen menerusi temu duga yang telah dilakukan baru-baru ini dan ia kini dalam proses penilaian,” katanya.

Terdahulu beliau berkata nelayan yang mengalami kerosakan dalam kejadian hujan dan ribut semalam menerima bantuan awal RM200 seorang. – BERNAMA

Tags: MelakaNelayanNorhizam Hassan Baktee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd