• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Filipina Arah Jutawan Kasino Jepun Ditahan

oleh
07/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Sebuah mahkamah Filipina mengarahkan jutawan pachinko Jepun, Kazuo Okada, ditahan, kira-kira sebulan selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu mencadangkan memfailkan dakwaan ke atasnya atas tiga tuduhan penipuan.

DOJ menemukan alasan untuk mendakwa Okada atas tiga tuduhan penipuan selepas dia memperoleh pendapatan dan yuran rundingan ‘secara tersilap atau penipuan’ sebanyak AS$3.15 juta (RM13 juta) sepanjang pelantikannya sebagai ketua eksekutif pengendali kasino ibu kota ini, Tiger Resort.

Okada memfailkan satu usul pertimbangan di DOJ, menolak tuduhan terhadapnya sebagai tidak masuk akal.

Hakim Rolando How dari Mahkamah Serantau Bandar Paranaque mengarahkan Biro Siasatan Kebangsaan dan Polis Kebangsaan Filipina membawa Okada ke mahkamah. Waran tangkap dikeluarkan Jumaat lalu dan didedahkan kepada umum semalam.

Jaminan ditetapkan sebanyak 348,000 peso (RM27319.95) untuk kesemua tiga tuduhan.

Tiger Resort sebelum ini berkata, pembayaran itu diluluskan bekas presiden dan tidak diluluskan ahli lembaga pengarahnya.

Peguam Okada di Filipina, Reody Anthony Balisi, bagaimanapun tidak membalas ulasan berhubung waran tangkap.

Okada disingkirkan sebagai pengerusi syarikat induk Tiger Resort, kumpulan perjudian Jepun, Universal Entertainment Corp, selepas ahli lembaga Universal menuduhnya melakukan penyelewengan sebanyak AS$20 juta (RM82.45 juta), namun dinafikannya.

Tidak jelas jika Okada berada di Filipina apabila mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Dia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu dalam kaitan pelbagai tuduhan rasuah dan ketika ini dijamin. – Reuters

Tags: jepunjutawanKazuo Okada
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelumba negara dari pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, terus melakar kejayaan dalam Kejuaraan Motosikal Asia...

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd