Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Nelayan Kena Kreatif Jana...

KUALA NERUS – Golongan nelayan kecil khususnya nelayan di kawasan pesisir pantai perlu...

Petunjuk CCTV Tersebar, Suspek...

BERIKUTAN kejadiaan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku awal pagi...

Pelampau Kulit Putih Buat...

CHARLOTTESVILLE (Virginia) - Perintah darurat diisytiharkan di bandar raya ini berikutan kebanjiran penunjuk...

Dakwaan Wan Ji Dipukul,...

KAJANG - Siasatan berhubung dakwaan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin yang beliau...

MAB Nasihat Waspada Laman Web Palsu

AWAS… Selepas jirannya, Singapore Airlines (SIA) keluar amaran kepada pelanggan agar waspada laman sesawang palsu guna nama syarikat itu, kini giliran Malaysia Airlines Berhad (MAB) pula.

Menurut kenyataan media, MAB menasihatkan pelanggannya supaya berhati-hati dengan catatan promosi media sosial dan laman web tiruan yang kelihatan agak serupa dengan portal sesawang rasminya, malaysiaairlines.com.

Syarikat penerbangan negara itu berkata, laman web palsu tersebut cuba mempengaruhi pelanggan dengan menawarkan tiket penerbangan yang konon percuma sebagai hadiah, sebelum meminta data peribadi mereka.

“MAB menasihatkan pelanggan berhati-hati dedah data peribadi kepada sumber tidak disahkan. Laman web, emel dan panggilan itu perlu ditentusahkan menerusi laman media sosial rasmi MAS, jika ada keraguan,” katanya.

Sejak distruktur semula pada September 2015, MAB yang kini berjaya bawa secara purata lebih 40,000 penumpang setiap hari, diletakkan di bawah Malaysian Aviation Group. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori