Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Anak Lelaki Will Smith...

KEMANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah kisah Jaden Smith, yang merupakan...

Perkasa Kecam Tindakan SIS...

SHAH ALAM - Perkasa Selangor mengecam sekerasnya tindakan kumpulan liberal dikenali Sister In...

Janji Konon Mansuh Bayar...

HAMPA... Harapan ratusan ribu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu...

Iceland Nak Haramkan Piza...

PENDUDUK negara Iceland mungkin bakal kehilangan satu nikmat makanan dunia apabila presiden mereka,...

Lelaki Tetak, Kelar Dua Beradik Didakwa

YAN – Seorang lelaki disyaki penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Selasa atas tuduhan membunuh dua beradik di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, minggu lepas.

Amir Ariffin, 49, yang berhadapan dua tuduhan bunuh, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Amir dituduh membunuh Nurul Hanim Idris, 5, dan adiknya Mohammad Hafiz Idris, 2, di rumah bernombor 11, Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada 8 Januari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Selain itu Amir turut berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas bapa saudara kanak-kanak itu, Soberi Saad, 52, dengan sebilah pedang di tempat, masa dan hari yang sama.

Bagi tuduhan itu, penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tiada jaminan ditawarkan bagi tuduhan itu memandangkan tertuduh turut berdepan dakwaan membunuh.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Waheda Abd Rahman dan majistret kemudiannya menetapkan 18 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam insiden malang pada 8 Januari lalu, dua beradik berkenaan maut di tempat kejadian selepas ditetak dan dikelar ketika tidur di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka.

Bapa saudara mereka yang turut berada di rumah ketika itu, turut cedera di pipi kiri akibat diserang suspek. – BERNAMA

Kategori