Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Fattah Tak Boleh Berjemur,...

SINDIRAN Nabil Ahmad terhadap Fattah Amin membawa 'padah' apabila dia pula menjadi mangsa kemarahan...

Serangan Christchurch: Mangsa Terkorban...

CHRISTCHURCH - Angka kematian dalam serangan di masjid Al Nooor, Christchurch, New Zealand...

RMK11 Tidak Banyak Perkara...

HAMBAR... Tidak banyak perkara baru dalam pembentangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usul...

Kanak-Kanak Terkena Kipas Selepas...

RAYONG (Thailand) - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah di kepala...

Lebih Baik Baca Puisi Daripada Berjoget – Ridhuan

SERIUS… Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara sepatutnya bertegas tolak sebarang bentuk jemputan yang boleh cemar nama baik dan beri implikasi buruk terhadap jawatan mereka sendiri.

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah berkata, beliau tidak ambil peduli sekiranya peguam dan aktivis liberal seperti Siti Kassim dan Datuk S Ambiga mahu berjoget, kerana pengaruh dan suara mereka tidak mengikat.

Namun, beliau berkata, individu berjawatan besar dalam kerajaan seperti menteri, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara jelas berbeza, kerana mereka penjawat awam terikat dengan kod serta etika yang perlu dipatuhi.

“Boleh atau tidak menari dan berjoget? Jawapannya, boleh. Menarilah dan berjogetlah di rumah. Tetapi bukan di khalayak, kena hati-hati sekali pun dijemput. Kita perlu ingat orang sekeliling memerhatikan kita.

“Jika kita merasakan ada agama, lagilah perlu berhati-hati untuk terima jemputan. Tidak ada agama yang membenarkan menari dan berjoget sedemikian rupa,” katanya kepada portal Ismaweb.net, hari ini.

Ridhuan berkata demikian mengulas penularan video berdurasi seminit 37 saat dipercayai dirakam semasa Majlis Makan Malam Pembukaan Tahun Perundangan 2019 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Video tular itu memperlihatkan Richard Malanjum dan Tommy Thomas menari ‘twist’ mengikut rentak irama sebuah lagu Inggeris, yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong bersama Ambiga dan Siti Kassim.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Ridhuan Tee berkata, bukankah sepatutnya jamuan makan malam yang bertemakan perundangan membawa khalayak memahami undang-undang dalam bentuk santai, seperti bersajak dan berpuisi berbanding berjoget.

“Peliknya, bila kita buat program lebih kepada Islam sedikit, dilabelkan sebagai Taliban. Tetapi apabila mereka menganjurkan program menari dan berjoget tidak pula dikatakan sesat dan jahiliah.

“Berhati-hati dengan gerakan liberal yang mahu memusnahkan masyarakat. Bagi mereka itu adalah kebanggaan,” katanya.


Pada masa sama, Ridhuan Tee mengakui bosan dengan sikap pihak yang sepatutnya menjaga undang-undang negara menjadi defensif apabila dikritik pengguna media sosial berhubung perlakuan mereka itu.

“Jika tidak berasa bersalah, tidak perlulah menjadi defensif, biarkan netizen berkata-kata. Macam-macam alasan diberikan, dijemputlah, itu majlis biasa dan tradisi majlis peguam dan lain-lain.

“Tidakkah hakim, peguam dan mereka yang terbabit dalam perundangan mempunyai kod dan etik yang perlu dipatuhi?” katanya.

Beliau berkata, individu yang berjawatan tidak boleh bergaul secara bebas bagi mengelakkan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda.

“Mereka ini seperti hakim. Tak dibenarkan melakukan sesuatu tindakan yang boleh membawa implikasi buruk di atas jawatan dipegang. Kalau saya tanya lagi, agama mana yang membenarkan hiburan melampau ini.

“Adakah Buddha, Nabi Isa membenarkan penganutnya berjoget? Lebih pelik lagi apabila yang tidak berjoget pun sibuk mempertahankan mereka. Atas dasar apa?” soal Ridhuan Tee. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori