• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kru Malindo Air Ditangkap Seludup Dadah

oleh
16/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Seorang kru kabin syarikat penerbangan Malaysia adalah antara lapan yang ditangkap di Australia atas dakwaan menyeludup lebih 14 kilogram heroin, kokain dan methamphetamin, kata pihak berkuasa Australia hari ini.

Jurucakap polis mengesahkan laporan media bahawa suspek yang bertugas dengan Malindo Air, anak syarikat Lion Air yang beribu pejabat di Indonesia.

Anggota kru kabin berusia 38 tahun itu ialah sebahagian kumpulan yang membawa dadah dari Malaysia dalam pesawat untuk dijual di bandar raya Australia, kata polis dan pegawai kastam dalam kenyataan.

Kumpulan itu, yang dipercayai polis dikendalikan sindiket jenayah Vietnam, berpangkalan di Melbourne, kata Penolong Pesuruhjaya Unit Jenayah Polis Victoria, Tess Welsh.

Polis merampas kira-kira 14 kilogram dadah apabila suspek ditangkap tetapi mereka dipercayai sudah lama menyeludup dadah.

“Perisikan memberitahu kami kru sudah beroperasi beberapa tahun. Saya boleh katakan sudah lebih lima tahun,” kata Walsh.

Australia adalah pasaran lumayan bagi pembekal dadah dari Asia Tenggara.

Ia mencatatkan antara kadar penggunaan methamphetamine perkapita tertinggi dunia, menurut statistik kerajaan.

Polis berkata, mereka membuat lapan tangkapan sejak 10 hari lalu, menahan empat wanita dan empat lelaki berusia antara 26 dan 55 tahun di dan sekitar Melbourne.

Polis merampas enam kilogram heroin, lapan kilogram methamphetamine, 500 gram kokain, selain sejumlah besar wang tunai dan kereta Porsche Macan SUV dan Mini Cooper. — Reuters

Tags: dadahMalindo Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd