• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Betulkan Infografik Buku Teks Pendidikan Jasmani

oleh
16/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera membetulkan infografik pada buku teks subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun tiga kerana ia boleh disalah tafsir.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata infografik pada halaman 67 dalam buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dibekalkan ke semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada tahun ini itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung ‘penjagaan kehormatan anggota seksual.’

“KPM yang menerima maklum balas mengenai infografik tersebut semalam telah mengambil tindakan segera untuk membetulkannya.

“KPM memutuskan untuk menambah baik kandungan buku tersebut dengan menyediakan ralat dalam bentuk QRCode, yang akan dimuat naik pada 17 Januari (Khamis ini) untuk makluman guru, murid dan ibu bapa,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan ralat dalam bentuk pelekat juga akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah berkenaan termasuk ke SJKT mulai 29 Januari.

“Surat makluman berkaitan hal ini akan dikeluarkan dan dipanjangkan ke semua sekolah untuk memaklumkan tentang langkah penambahbaikan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: buku teksKPMPendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd