• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Ekonomi Liga Malaysia Wajar – PAFA

oleh
27/01/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyokong langkah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk melaksanakan sistem kawalan ekonomi ke atas pasukan Liga Malaysia dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang positif.

Beliau berkata sistem berkenaan wajar dilaksanakan di negara ini memandangkan beberapa pasukan tempatan dalam Liga Malaysia, jelas bergelut dengan masalah kewangan sehingga menyebabkan ada yang berhutang.

Abd Aziz bagaimanapun percaya MFL perlu mendapatkan kerjasama daripada pengurusan negeri dan kelab dalam mengatasi masalah kewangan yang menghantui Liga Malaysia pada setiap musim.

Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol, LaLiga telah mempraktikkan sistem kawalan ekonomi sejak beberapa tahun lepas yang terbukti berjaya melangsaikan hutang pemain kelab Sepanyol.

“Saya percaya di sana (Sepanyol), semua pasukan memberikan kerjasama untuk La Liga melakukan sebarang perubahan termasuk kawalan ekonomi ini.

“Jadi di sini, semua pasukan juga perlu berikan kerjasama dan menyokong usaha MFL. Mentaliti kena ubah… jangan anggap semua perkara itu remeh. Banyak dokumen diperlukan oleh MFL untuk melihat kedudukan kewangan pasukan, jadi semua pasukan perlu bersedia untuk bekerjasama,” katanya yang dipetik sebagai berkata menerusi satu kenyataan dikeluarkan MFL.

Mengulas lanjut, Abd Aziz yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia, bagaimanapun menegaskan perkara berkenaan perlu diteliti dengan lebih lanjut oleh MFL memandangkan La Liga memerlukan masa sehingga lima tahun untuk melangsaikan hutang pasukan terlibat dalam Liga Sepanyol.

Anggota Lembaga Pengarah MFL, Yusoff Mahadi baru-baru ini memaklumkan MFL bersedia mempraktikkan sistem kawalan ekonomi seperti yang digunakan LaLiga.

Sejak dilaksanakan pada 2012, LaLiga dilaporkan telah berjaya menghapuskan bebanan hutang pasukan bertanding sebanyak 90 juta Euro (RM422.87 juta) pada 2012 kepada sifar pada tahun 2017 sekali gus berjaya menyelesaikan masalah kemelut gaji di antara pasukan dan pemain dalam tempoh lima tahun.

Menerusi kawalan ekonomi ini perbelanjaan pasukan dikawal mengikut kedudukan kewangan mereka dan tindakan lebih tegas akan diambil kepada pasukan yang masih berhutang selepas peraturan itu dikuatkuasakan. – BERNAMA

Tags: Liga MalaysiamflPAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ Pertikai MFL Kurangkan Hukuman Selangor FC

TMJ Pertikai MFL Kurangkan Hukuman Selangor FC

28/06/2024
1

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail mempertikai tindakan Malaysian Football League (MFL) yang mengurangkan hukuman terhadap Selangor...

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd