• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi Ugut Rakyat… U-Turn LGE Disindir Najib

oleh
20/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, seluruh rakyat Malaysia terpana apabila media tempatan lapor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara terbuka ugut pengundi Cameron Highlands pilih calon Pakatan Harapan (PH).

Menteri Kewangan itu dengan angkuh ketika lawat Pasar Malam Sungai Koyan beri amaran kepada mereka jika degil undi calon Barisan Nasional (BN), maka segala projek pembangunan di tanah tinggi tersebut akan tergendala.

Ini merupakan ugutan kali kedua tokoh PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen itu selepas seorang senator PKR minggu lalu ugut Tok Batin Orang Asli akan dilucut jawatan dan tidak dibayar gaji jika enggan undi PH.

Mungkin malu dengan pendedahan media dan tidak tahan dikutuk netizen selar ancaman biadab tersebut, Guan Eng hari ini dilaporkan sebuah portal tempatan pro-PH terpaksa menafikan pula ada buat kenyataan sedemikian.

Terhibur dengan aksi lucu tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya terus tidak beri peluang kepada PH terutama DAP apabila tempelak sikap pemimpin berkenaan yang sentiasa membuat pusingan U setelah kantoi!

Baca: PH Ugut Cameron Highlands Disisih Jika Pilih BN

Secara lebih pedas dan sinis kali ini bekas perdana menteri itu menyifatkan pemimpin DAP berkenaan sanggup buat ‘U-turn’ tanpa memberi ‘signal’ berhubung umpan DAP kepada ribuan pengundi Cameron Highlands sendiri.

“Dah jangka dah. U-Turn. Semalam berani umpan ‘nak projek, undilah PH’ kepada pengundi Cameron Highlands. Hari ini, dia U-Turn lagi selepas dikecam dan kata PH tak pernah janji pula untuk bawa apa-apa pembangunan.

“Habis tu, mengapa perlu undi PH? Takkan hanya setakat mahu Lim Kit Siang ‘makan angin’ di Cameron Highlands setiap hujung minggu?” ujar Najib dalam hantaran terbaharunya menerusi akaun sosial Facebook milik beliau.

Justeru beliau mengingatkan pemimpin DAP dengan nada yang cukup pedih, “Ini U-Turn tak bagi signal ini. Nanti member langgar belakang,” sindir beliau yang juga bekas Presiden UMNO tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Lim Guan EngNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd