• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Tak Sedar Dari Tidur, Pasti Saya Rentung”

oleh
28/01/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya masih tidur (ketika kejadian), terhidu bau asap dan rasa bahang panas sangat menyebabkan saya terjaga…saya terus lari keluar dengan hanya berseluar pendek…kalau saya tak terjaga pasti saya mati.”

Itu detik cemas yang dilalui Mohamad Zamil Jumali, 30, yang kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang disewa bersama rakan sekerjanya musnah dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran pada pukul 9.30 pagi itu memusnahkan 10 daripada 15 unit kuarters milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Lengkok Abdullah, Bangsar, di sini dan turut merebak ke tingkat tujuh Flat Sri Pahang yang terletak bersebelahan dengan kuarters itu.

Sejumlah 60 anggota dan pegawai bomba dan penyelamat bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah, Taman Tun Dr. Ismail, Sentul dan Seputeh mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran.

Api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 12.20 tengah hari.

Kejadian itu turut menyebabkan dua kereta yang diparkir di kawasan berkenaan musnah terbakar.

Menceritakan kejadian itu, Mohamad Zamil, seorang pekerja penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta yang bekerja syif malam hari ini, berkata api marak begitu cepat menyebabkan dia tidak dapat menyelamat barang-barang miliknya.

“Baju pun saya tak sempat pakai,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohamad Zamil berkata dia telah lapan tahun tinggal di kawasan rumah panjang itu.

Sementara itu, Muhamad Hafiz Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia keluar bekerja dan hanya mengetahui apabila dihubungi rakan serumah.

“Saya bergegas pulang tapi semua dah musnah terbakar…tak ada barang yang dapat diselamatkan. Apa pun saya redha,” katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd