• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Yadim: Ramai Pakar Tapi Ambil Orang Politik

oleh
31/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“APAKAH negara kita sudah ketandusan pakar dalam bidang dakwah sehingga hampir kesemua lantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim dipenuhi orang politik Pakatan Harapan (PH).”

Demikian sindir pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah mengulas pelantikan kontroversi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) membabitkan individu daripada parti komponen kerajaan campuran PH.

Antara politikus dilantik rejim PH ialah Ahli Parlimen PKR Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen PKR Merbok, Nor Azrina Binti Surip@Nurin Aina Abdullah dan Naib Pengerusi 2 PAN, Shamsul Ma’arif Haji Ismail.

Tidak ketinggalan selain itu ialah Ketua PPBM Bahagian Cheras, Dr. Samsu Adabi Haji Mamat, Timbalan Penasihat Umum PAN, Abdul Ghani Shamsuddin dan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mengumumkan seorang lagi anggota lembaga pemegang amanah Yadim, juga Adun parti cauvinis, DAP Johor, Sheikh Omar Ali.

Sedih bercampur kecewa, Ridhuan Tee yakin ramai lagi yang layak menerajui agensi itu termasuk pensyarah universiti awam dan swasta, ramai bidang dakwah, tetapi orang politik yang menjadi pilihan.

“Dahulu PH berjanji tidak akan meletakkan orang-orang yang berkepentingan dalam semua organisasi separa kerajaan dan kerajaan. Kini, setelah mendapat kuasa, boleh dikatakan, semua letak orang mereka sahaja.

“Seolah-olah mereka sahaja yang pandai, orang lain, termasuk ilmuan di menara gading tidak pandai. Budaya seperti ini perlu dihentikan. Jika tidak pasti PH akan ditolak oleh rakyat.

“Tapi baiknya pun ada pula. Apabila dibuat seperti ini, lagi cepatlah hayat kerajaan PH sampai ke penghujung. Apapun saya ucapkan tahniah atas keputusan aneh yang dibuat itu,” kata beliau dalam nada sindiran.

Ridhuan Tee yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencadangkan supaya pelantikan hendaklah berasaskan kepada kepakaran dan merit, bukan sentimen kepartian atau wakil parti.

“Agensi dakwah tidak seharusnya dipolitikkan dan perlu kekal neutral. Kerajaan PH kena perbanyakkan golongan ilmuan daripada wakil politik. Jika tidak, apa yang dilakukan lebih teruk daripada zaman BN.

“Apakah mereka terlalu desperado sehingga lambakan wakil politik diletakkan dalam agensi sebegini,” soal Ridhuan Tee secara sinis. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ridhuan Tee AbdullahYADIMYayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Arak Cap Timah Provokatif Terhadap Islam – Yadim

18/10/2021
0

PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kesal dengan tindakan pihak mengeluar dan menjual arak jenama Timah yang dianggap bersifat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd