• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Tingkat Perisikan Siber Susulan Sekatan EU

oleh
29/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Iran kemungkinan meluaskan aktiviti perisikan sibernya ketika hubungannya dengan kuasa Barat bertambah buruk, kata agensi keselamatan digital Kesatuan Eropah (EU) semalam.

Laporan Khas Reuters diterbitkan November lalu mendapati, penggodam Iran menjadi dalang beberapa serangan siber dan kempen salah maklumat dalam talian sejak beberapa tahun lalu ketika negara itu cuba mengukuhkan pengaruhnya di Asia Barat dan seterusnya.

Bulan ini, EU melaksanakan sekatan pertamanya terhadap Iran sejak kuasa dunia bersetuju dalam satu perjanjian nuklear 2015 dengan Tehran, dalam reaksi kepada ujian peluru berpandu balistik dan komplot pembunuhan di bumi Eropah.

“Sekatan baharu dilaksanakan ke atas Iran kemungkinan menekan negara itu untuk memperhebat aktiviti ancaman siber ditaja kerajaan bagi meneruskan objektif geopolitik dan strategik di peringkat serantau,” kata Agensi Kesatuan Eropah untuk Rangkaian dan Keselamatan Maklumat (ENISA) dalam satu laporan.

Seorang pegawai kanan Iran menolak laporan itu mengatakan, ia adalah sebahagian perang psikologi dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Iran.

ENISA menyenaraikan penggodam ditaja kerajaan Iran itu sebagai antara ancaman tertinggi keselamatan digital blok itu.

Katanya, China, Russia dan Iran adalah ‘tiga pihak paling berupaya dan aktif dalam bidang siber dikaitkan dengan intipan ekonomi’.

Iran, Russia dan China berulang kali menafikan tuduhan AS bahawa kerajaan mereka menjalankan serangan siber. – Reuters

Tags: EUIranperisikansiber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd