• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Heathrow Henti Penerbangan Sejam Akibat Dron

oleh
10/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Semua penerbangan berlepas dari lapangan terbang paling sibuk di Eropah, Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dihentikan sementara selama sejam semalam selepas sebuah dron dilihat berlegar di situ.

Pengurusan lapangan terbang itu menerusi satu kenyataan di Twitter berkata, mereka sedang bekerja sama rapat dengan Polis Metropolitan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Sebagai langkah keselamatan, kami menghentikan semua penerbangan berlepas sementara siasatan dilakukan. Kami meminta maaf kepada semua penumpang atas sebarang masalah yang timbul akibat tindakan ini,” katanya.

Operasi penerbangan yang mendarat di Heathrow bagaimanapun berjalan seperti biasa.

Insiden terbabit berlaku dua minggu selepas kelibat dron dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick iaitu lapangan terbang kedua terbesar di Britain, sekali gus mendatangkan masalah kepada puluhan ribu penumpang apabila semua penerbangan dihentikan selama tiga hari.

Gatwick susulan kejadian berkata, mereka mengambil pendekatan menggunakan teknologi anti dron manakala Heathrow memberi jaminan akan turut menggunakan sistem yang sama.

Dalam maklum balas terhadap kekecohan di Gatwick, Setiausaha Pengangkutan Chris Grayling pada Isnin lalu memberitahu parlimen bahawa zon larangan dron di sekitar lapangan terbang Britain akan diperluaskan dan semua pemilik peralatan itu wajib mendaftar.

Polis juga akan diberikan kuasa untuk mendenda pemilik dron sehingga 100 pound (RM523) sekiranya mereka gagal mendaratkan dron apabila diarah berbuat demikian atau menunjukkan lesen kebenaran menggunakan peralatan itu. – Agensi

Tags: dronHeathrow
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menggunakan dron bagi memantau himpunan pembangkang ditunjangi PAS di sekitar bandar raya ini. Tinjauan mendapati teknologi itu...

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

19/06/2025
0

TEHRAN - Polis Iran menahan seramai 18 individu di Mashhad kerana disyaki menjalankan bengkel rahsia pembuatan dron intipan dan serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd