• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabungan PH Tidak Terjejas, Kata Mahathir

oleh
22/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENNA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pakatan itu tidak akan terjejas oleh sebarang perbalahan dalam parti tertentu, dan setakat ini gabungan itu yang kini mentadbir negara, berfungsi dengan baik.

“Dalam parti-parti itu sendiri mungkin terdapat pertelingkahan untuk mendapatkan jawatan dan sebagainya tetapi ia tidak menjejaskan gabungan PH. Kami mempunyai empat parti dan satu bukan dalam gabungan tetapi dalam kerajaan (Warisan).

“Keempat-empat parti ini sama kuat dan kami perlu mencapai kata sepakat apabila ingin membuat sebarang keputusan…mungkin terdapat perbezaan tetapi kami boleh menerimanya dan sehingga kini kami berfungsi dengan baik dalam kerajaan,” katanya dalam Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia yang tinggal di Austria dan Republik Slovak di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada pakatan itu berdepan perbalahan selepas dipilih menjadi kerajaan sejak Mei tahun lepas.

PH terdiri daripada empat parti iaitu PKR, DAP, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah). – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Syukur Kehadiran Luar Biasa di Kuala Pilah, Petanda Kebangkitan PH

PMX Anwar Syukur Kehadiran Luar Biasa di Kuala Pilah, Petanda Kebangkitan PH

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran orang ramai pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH)...

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

Jangan Pakai Baju DAP, PKR, Amanah Semasa Berkempen, Pakai Baju PH

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan jentera Pakatan Harapan (PH) termasuk daripada DAP tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd