• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dijel Seumur Hidup Sebab Jual Tanah Kepada Yahudi

oleh
01/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang lelaki warga Palestin setelah didapati bersalah jual tanah di Baitulmaqdis kepada orang Yahudi Israel.

Menurut agensi berita Palestin, Wafa, Mahkamah Tinggi Ramallah mendapati lelaki itu bersalah kerana melanggar kod undang-undang sejak tahun 1960 yang melarang penjualan tanah di Kota Lama kepada pihak negara asing.

Jenayah ini sebenarnya boleh menyebabkan hukuman mati di bawah undang-undang tegas Palestin, tetapi Presiden Mahmoud Abbas setakat ini tidak pernah mengesahkan hukuman mati kepada mana-mana pesalah tempatan.

Media Israel mengenal pasti lelaki itu sebagai Isaam Akel, yang memiliki dua kewarganegaraan Palestin dan Amerika Syarikat serta merupakan penduduk Baitulmaqdis Timur yang diduduki secara haram rejim Zionis.

Sumber mahkamah mengesahkan kepada agensi berita antarabangsa AFP bahawa lelaki dihukum itu adalah Akel, sambil berkata bahawa dia masih lagi boleh merayu keputusan untuk diringankan hukuman.

Penjualan sedemikian dianggap sebagai khianat dalam kalangan rakyat Palestin yang bimbang dengan peningkatan penceroboh Israel berusaha beli hartanah di sekitar Baitulmaqdis Timur. – Agensi

Tags: PalestinYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

Ahli Kongres AS Tuduh Malaysia Mulakan ‘Pembersihan Yahudi’

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Greg Landsman, menuduh Malaysia “menghalau orang Yahudi” susulan ketegasan kerajaan untuk...

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd