• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Detik Terindah Bawa Al-Sultan Abdullah

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pengalaman membawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Kuantan, Pahang ke ibu negara menjadi detik terindah sepanjang 29 tahun kerjaya Kapten Sumar Lee Hashim Lee sebagai juruterbang.

Beliau berkata penerbangan yang mengambil masa selama kira-kira 35 minit itu berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada menara kawalan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kuantan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Kapten Sumar Lee, 49, yang berkhidmat dengan Jabatan Penerbangan Awam, Subang ditemui Bernama selepas istiadat ketibaan Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini.

Pesawat khas Airbus A319CJ yang diterbangkan Kapten Sumar Lee bersama rakan setugasnya Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil, 55, tiba di KLIA kira-kira 9.10 pagi.

“Ini bukan kali pertama saya menerbangkan VVIP, malah saya baru pulang daripada membawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tugas rasmi di Senegal dan Vienna.

“Namun penerbangan hari ini amat luar biasa dan membuatkan saya rasa amat teruja kerana diberi peluang menerbangkan Seri Paduka. Kebetulan ini adalah penerbangan pertama baginda setelah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16,” katanya di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat ke ibu negara hari ini bagi secara rasminya menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selepas Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.

Berasal dari Selama, Perak, Sumar Lee berkata beliau menerima surat rasmi mengenai tugas untuk membawa Yang di-Pertuan Agong dua hari lepas namun waktu yang singkat bukan masalah baginya kerana beliau sudah dilatih untuk berada dalam keadaan bersedia tiga jam sebelum penerbangan.

Ditanya mengenai persediaan yang dilakukan sebelum penerbangan, beliau yang segak berkaca mata hitam berkata pihak Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu membuat pemeriksaan keselamatan pesawat dan anak-anak kapal diberi rehat secukupnya sebelum memulakan penerbangan.

Al-Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isa Samad Gagal Dapatkan Pasport Tunai Umrah

Next Post

Tunku Azizah ‘Tukang Masak’ Dari Istana Untuk Rakyat

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

Next Post

Tunku Azizah 'Tukang Masak’ Dari Istana Untuk Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd