• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Rempuh Gerai, Budak 3 Tahun Parah

oleh
20/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang lelaki cedera parah manakala anak lelakinya berusia tiga tahun masih belum sedar di hospital, selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang tidak sengaja tertekan pedal minyak ketika mahu memperlahan kereta di tapak gerai Batu 5, Kinabutan Jalan Apas di sini, semalam.

Dalam kejadian 4.00 petang itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa Abdul Rahman Paddu, 48, dan anaknya Ahmad sedang membeli barang di sebuah gerai sebelum dirempuh kereta Hyundai Gets dipandu lelaki berusia 67 tahun.

“Ketika kejadian pemandu warga emas itu turut merempuh dua gerai di pasar tamu selain melanggar belakang sebuah kereta pacuan empat roda D’Max dan akibatnya D’max berkenaan yang diparkir turut terdorong ke depan dan melanggar sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Fadil, siasatan awal polis mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu van jenazah dalam perjalanan dari masjid di Jalan Kinabutan menuju ke rumahnya di Batu 5, Jln Apas.

“Semasa melalui pasar tamu yang terletak di kawasan kedai-kedai di Batu 5, suspek terpijak pedal minyak ketika mahu memperlahankan kenderaannya semasa melalui lorong sempit dengan di kiri dan kanan lorong terletak gerai,” katanya.

Fadil berkata akibat kecuaian itu suspek disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd