• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Mahu Jawatan Tidak Betul, Kata Rafiq

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau mahukan jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu yang kini disandang Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.

“Oh, tak betul. Terima kasih. Tak apa kita akan selesaikan secara dalaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Hwa, Paya Rumput di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan bahawa Mohd. Redzuan mendapat tekanan yang memuncak apabila ada sumber yang mendakwa Pengerusi Bersatu Melaka itu telah mendapat undi tidak percaya melalui mesyuarat yang diadakan Jumaat lepas.

Portal itu turut melaporkan pihak yang tidak berpuas hati di dalam Bersatu Melaka sedang mendesak Mohd Rafiq menjadi ketua baharunya menggantikan Mohd Redzuan, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan.

Mohd. Rafiq yang juga Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka berkata, Badan Pimpinan Bersatu Melaka komited untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul dalam parti itu secara dalaman.

Beliau berkata, segala isu termasuk dakwaan mengenai hilang kepercayaan terhadap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka akan diselesaikan secara tertutup.

“Saya berpendapat bahawa isu politik atau dalam Bersatu perlu diselesaikan secara dalaman dan kita tidak akan menggunakan saluran media untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku dalam Bersatu. Jadi biarlah segala isu itu diselesaikan secara tertutup. Itu sahaja komen saya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sejauh mana kebenaran laporan portal berita itu, Mohd Rafiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Rumput hanya menjawab, “Saya tak nak komen. Minta maaf.” – BERNAMA

Tags: BERSATUPPBM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd