• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Jual Maklumat Pelajar UiTM Masih Disiasat

oleh
30/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung dakwaan penjualan maklumat pelajar dan alumni universiti itu di ‘Dark Web’ pada November tahun lalu.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata pihaknya juga kini giat bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) sejak November lalu, bagi menjalankan siasatan serta menganalisa keutuhan sistem aplikasi UiTM.

“Setakat hari ini penemuan awal NACSA mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan menjurus kepada kebocoran maklumat berlaku, namun pihak NACSA masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan maklumat terkini yang telah dibekalkan,” katanya dalam kenyataan di Shah Alam pada Rabu.

Hassan berkata pihaknya komited dan sentiasa telus dalam membekalkan sebarang maklumat diperlukan oleh semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Beliau berkata UiTM juga sedang giat menjalankan pelbagai penambahbaikan dan pemantapan prosedur serta operasi bagi memastikan integriti rangkaian, program dan data dilindungi daripada serangan, kerosakan atau akses tanpa izin.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah dan sedang membantu UiTM dalam menangani isu keselamatan ini. Saya juga berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada pihak berkaitan menjalankan siasatan dengan adil, telus dan berkesan,” katanya. – BERNAMA

Tags: maklumat pelajarUiTM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd